Siapa Penulis?

Assalamualaikum...

Pertengahan tahun lepas (2017), Ayah Mertua saya telah dijemput menghadap Illahi dengan asbab pelbagai Penyakit seperti Gout, Jantung, Masalah Buah Pinggang, Kencing Manis & sebagainya,

Sebelum Arwah Ayah meninggalkan kami semua, ikhtiar terakhir kami untuk melihat dirinya sedar daripada koma lebih 5 hari di Hospital adalah dengan menggunakan kaedah alternatif seperti Akupuntur & Terapi Modern lain, 

Memang beberapa bulan sebelum Ayah meninggal dunia, Adik Ipar kerap bawa Arwah menjalani rawatan akupuntur dengan seorang Tabib Cina di Kampung,

Perubahan memang ada, cuma, tidak terlalu drastik, tapi, kami faham, tak boleh tidak memang perlu ambil sedikit masa, sebab sakitnya pun bukan baru setahun dua, tapi, dah lebih puluh tahun sakit begitu, cuma, selama ini hanya bertahan dengan makan ubat hospital,

Pemergian Ayah memberi pedoman kepada kami, bahkan, saya semakin faham, betapa penting untuk menjaga kesihatan di awal usia,

Dan selepas Arwah Ayah meninggal dunia, saya semakin rapat dengan seorang Dr.Perubatan Cina yang mengamalkan kaedah Rawatan Akupuntur dengan menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik,

Alhamdulillah, hari ini selepas 1 tahun lebih saya mencedok ilmu daripada Dr. berbangsa Cina (Allahyarham) ni, tahap kesihatan saya semakin bertambah baik, jika dulu berat badan saya lebih 91 kg, Alhamdulillah, hari ini berat badan saya telah turun kepada 76 kg,

Selain itu, jika selama ini, saya tidur dalam keadaan dengkuran yang kuat & nafas saya sering tercungap-cungap, hari ini Alhamdulillah, TIADA LAGI dengan Izin Allah melalui rawatan akupuntur menggunakan Alat Akupuntur Modern seperti Terapi Akupuntur Elektronik ini, syukur Alhamdulillah,

Dan kedua-dua tanda tersebut iaitu nafas sering tercungap & tidur berdengkur itu adalah TANDA kepada lemahnya organ Jantung seseorang, ia hanya baru menunjukkan tanda-tanda, namun, jika diabaikan tanda tersebut, maka, terjadilah isu seperti serangan Jantung & sebagainya (Nauzubillah),

Selain itu, dengan sedikit ilmu yang telah diperoleh melalui Dr. berbangsa Cina tersebut, saya mula faham bahawa setiap Penyakit Moden hari ini seperti Gout, Kencing Manis, Jantung, Impoten, Kejang Haid, Stroke & sebagainya mampu dipulihkan melalui rawatan akupuntur, tinggal lagi kita perlu mengetahui di mana titik akupoin yang terlibat untuk setiap jenis Penyakit tersebut, In Shaa Allah,

Dan untuk rekod dalam tempoh lebih setahun ini, saya sendiri telah membantu Pesakit Kencing Manis, Jantung, Gout, Batu Karang, Buah Pinggang, Stroke, Slipped Disc, Sakit Pinggang & sebagainya menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik selepas menjalani rawatan akupuntur melalui servis Terapi Akupuntur Elektronik yang saya jalankan, hanya perlukan telapak tangan kiri sekiranya mahu menggunakan rawatan akupuntur ini,


Nama saya Hafeez, berasal dari Pahang, saya merupakan "Pembantu Juruterapi Akupuntur" yang membantu Anda menjalani rawatan akupuntur melalui Terapi Akupuntur Elektronik, In Shaa Allah...

No comments:

Post a Comment