Friday, November 30, 2018

Rawatan Akupuntur Untuk Merawat Penyakit Gout

Isu Penyakit Gout dikatakan isu Penyakit yang popular kini, apakah puncanya?

Adakah kerana makan seafood yang macam biasa kita dengar tu?


Cabaran kepada kami bila mengadakan sesi taklimat penerangan tentang ‘Bagaimana  Merawat Penyakit Kronik Secara Semulajadi’ adalah bilamana majoriti para peserta yang hadir, mereka tak pernah tahu, bahawa, Sistem Badan & Organ Manusia mampu merawat & mencegah Penyakit secara semulajadi,

Ini berlaku kerana ia telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita, bila sakit terus cari Ubat & telan Ubat,

Dalam entri yang sebelum ini, saya pernah kongsikan, tiada salahnya untuk kita makan apa-apa jenis Ubatan, cuma, isu yang timbul adalah bila kita ISTIQAMAH makan Ubat,

Saya percaya, ramai Pesakit GOUT mempunyai banyak maklumat tentang Gout & antara maklumat yang kita sering didedahkan adalah, PUNCA kepada isu Gout adalah bilamana kandungan ‘Uric Acid’ di dalam darah seseorang tinggi @ meningkat,

Bagaimana kandungan ‘Uric Acid’ boleh meningkat?

Ia mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan & faktor lain yang ramai orang tak sedar adalah faktor persekitaran & emosi (Akan dikongsikan pada entri lain, In Shaa Allah)

Cara paling mudah untuk seseorang mengelak untuk menghidap Gout adalah dengan sentiasa membuat check up tentang bacaan ‘Uric Acid’nya (Hari ni dah mudah, boleh beli pembaca elektronik & buat sendiri di rumah)

Melalui kaedah rawatan akupuntur, sebenarnya, ia mampu mengesan, merawat & memulihkan seseorang daripada penyakit Gout, dengan syarat, seseorang perlu ISTIQAMAH mengamalkannya, In Shaa Allah,

Sekiranya Anda telah mengalami Sakit Gout sejak 10 tahun yang lalu & Anda menjangkakan sakit Gout Anda akan pulih dengan hanya makan 1 botol produk Herba sahaja, maaf cakap, sebenarnya Anda sedang ‘membodohkan’ diri Anda sendiri,

Tak boleh nak salahkan sesiapa, kerana, pada saya, seorang Penjual Produk yang mahir, mereka hanya menawarkan apa yang sedang berada di dalam minda seseorang yang akan menjadi Pembeli produk mereka,

Apa yang ada dalam MINDA seorang Pesakit?

Kebiasaannya, dalam minda mereka tersimpan perkataan – “Aku Nak Pulih Segera”

Kerana itu, seorang Penjual yang mahir akan menawarkan produk Gout dengan mempromosi – “Gout Hilang Segera Selepas Makan 1 Sachet Produk Ini”

Apa yang terjadi selepas itu? – Hanya Anda yang tahu

Di Busyra Wellness, rawatan akupuntur melalui Terapi Akupuntur Elektronik akan dijalankan dengan menuju kepada kombinasi titik akupoin yang berkaitan yang menjadi punca sebenar kewujudan isu Gout,


Untuk merawat & mengatasi isu Gout, rawatan akupuntur akan fokus kepada kombinasi titik akupoin seperti :

1. Kolestrol
2. Gula darah
3. Nokturia
4. Ginjal
5. Endokrin
6. Limfa
7. Shoaza
8. Guanchong

Sebagaimana Anda maklum, Ginjal (Buah Pinggang) merupakan Organ yang membersihkan segala kotoran bersifat asid di dalam badan seseorang yang seterusnya dikeluarkan melalui air kencing,

Buah Pinggang (Ginjal) yang lemah, akan membantutkan proses pembersihan segala kotoran bersifat asid di dalam darah seseorang, lalu terjadilah isu seperti Penyakit Gout,

Di dalam entri ini juga saya ada kongsikan fungsi organ Buah Pinggang yang lemah juga akan menimbulkan masalah Batu Karang, cuma, bezanya untuk pesakit Batu Karang, selain Buah Pinggang (Ginjal), fungsi organ Hati juga perlu dirawat,

Justeru, adalah penting untuk seseorang yang mahu keluar & pulih daripada isu sakit Goutnya, untuk memberi perhatian yang lebih kepada fungsi organ Buah Pinggangnya, kerana, sekiranya Sistem Buah Pinggang (Ginjal) mempunyai tenaga & berfungsi dengan baik, maka, kandungan Uric Acid di dalam tubuh badan seseorang akan sentiasa dapat dibersihkan melalui Buah Pinggang yang seterusnya isu penyakit seperti Gout dapat dirawat, diatasi, bahkan dielakkan, In Shaa Allah

No comments:

Post a Comment