Hari ni, dunia berkembang dengan sangat pesat...
Oleh itu, kaedah Rawatan Akupuntur dengan menggunakan Alat Akupuntur Modern tidak terkecuali daripada menerima tempias Teknologi Dunia yang semakin pesat berkembang,
Jika dahulu, bahkan sekarang pun masih ramai yang menggunakan kaedah rawatan akupuntur secara tradisional iaitu dengan menggunakan jarum,
Sekarang dah ada Terapi Akupuntur Elektronik, Alhamdulillah,
Hari ni, kesihatan yang baik hanya berada di hujung jari, In shaa Allah...
Lebih setahun saya menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ni, saya dah jumpa ramai orang yang tahap kesihatan mereka yang awalnya menurun, namun, selepas konsisten guna, Alhamdulillah, kesihatan mereka menaik & bertambah baik, In Shaa Allah,
Mudah & jimat masa, wang serta tenaga,
Cuma, walau canggih macam mana sekalipun, tetap ada Pesakit yang 'Takut-takut' untuk menggunakannya,
Selain takut, tak kurang juga yang dah beli, tapi, simpan bawah katil & masih istiqamah mengamalkan ubatan hospital, salah ke makan?
Tak salah nak makan, cuma, jangan amalkan, saya juga kadang makan juga ubat hospital, cuma, 'last choice' la kan, kerana takda siapa boleh nafikan bahawa dengan mengamalkan ubatan kimia, ia tak memberi apa-apa kesan sampingan dalam tempoh jangka masa yang panjang,
Oleh sebab itu, saya buat keputusan untuk menjalankan rawatan akupuntur dengan menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ini secara intensif, In Shaa Allah selepas hanya 5-10 kali menggunakan kaedah ini, Anda boleh rasa sendiri perubahan yang baik terhadap tahap kesihatan Anda, In Shaa Allah,
Jadi, sekiranya ada di kalangan Anda yang berhajat untuk mencuba rawatan akupuntur namun takut dengan jarum, Anda boleh cuba Terapi Akupuntur Elektronik ni, Anak saya yang umur 5 tahun tu pun saya buatkan untuknya,
Rawatan akupuntur dengan Busyra Wellness ni mudah sahaja, cuma, kena buat temujanji, In Shaa Allah selepas 5-10 kali Anda dah boleh gunakan sendiri tanpa bantuan sesiapa lagi,
Saya juga telah pergi ke HQ Tiens iaitu pengeluar kepada Alat Akupuntur Modern ini, namun, di sana tiada sesiapa yang menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ini secara konsisten, dengan erti kata lain, mereka hanya jual namun tiada 'Product Trainer' yang boleh membantu Pesakit menggunakan Alat ini secara berkesan,
Saya sendiri belajar dengan seorang Dr.Perubatan berbangsa Cina, bukan daripada HQ Tiens,
Saya juga telah pergi ke HQ Tiens iaitu pengeluar kepada Alat Akupuntur Modern ini, namun, di sana tiada sesiapa yang menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ini secara konsisten, dengan erti kata lain, mereka hanya jual namun tiada 'Product Trainer' yang boleh membantu Pesakit menggunakan Alat ini secara berkesan,
Saya sendiri belajar dengan seorang Dr.Perubatan berbangsa Cina, bukan daripada HQ Tiens,
Dan pada saya, selepas lebih 1 tahun menggunakannya, ia seolah menjadi "Dr.Peribadi" yang perlu di bawa ke mana-mana, manakan tidak, jika tiba-tiba terasa sakit di bahu @ pinggang, tuju sahaja kepada Akupoin tertentu & terus lega tanpa sakit lagi, In Shaa Allah,
Puncanya darah sumbat sahaja, bukan apa pun, tapi, bila kita tak tahu punca, itu yang selama ni bila sakit pinggang contohnya, kita pun pergi Farmasi / Klinik untuk dapatkan Ubat Sakit Pinggang, isunya bila makan Ubat, ia hanya menjadikan tempat sakit itu kebas @ 'Lali', namun, isu darah tersumbat itu masih ada & tak berkurang, jika dibiarkan tahun demi tahun bagaimana?
Itulah sebenarnya, terjadi keadaan, di mana kita 'Menjemput' Penyakit lain tanpa sedar (Nauzubillah),
Kaedah rawatan akupuntur telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak ribuan tahun yang lalu & hari ni, tanpa perlu ke Pusat Rawatan Akupuntur dengan mengeluarkan kos ulang rawatan, jimat masa & tenaga tanpa perlu berulang ke pusat rawatan, Anda boleh rawat diri Anda sendiri di mana-mana, In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment