Apakah punca kepada Batu Karang?
Bercerita tentang Penyakit Batu
Karang, ia sangat dekat dengan saya, kerana Mak Mertua saya sendiri mengalaminya,
Bermula dengan sakit demi sakit
di bahagian belakang pinggang, ia membawa ke sebelah hadapan pula,
Dah amalkan Herba seperti Daun
Pecah Beling yang dikatakan sangat baik untuk merawat Batu Karang, selain itu,
setiap hari amalkan meminum air barli atas nasihat Doktor, namun, sakit yang
datang tak kurang, malah semakin sakit,
Akhirnya, rujuk ke Hospital &
ditahan Wad, Doktor sahkan terdapat sumbatan (blocking) di dalam salur pundi
kencing kerana berlaku situasi bengkak,
Untuk tindakan segera bagi
mengurangkan rasa sakit, Doktor mencadangkan untuk membuka laluan yang
tersumbat dengan memasukkan ‘sesuatu’ (Tak ingat apa namanya) di bahagian salur Pundi Kencing tersebut,
Selepas dimasukkan objek
tersebut, rasa sakit telah berkurangan,
Adakah masalah Batu Karang telah
selesai?
Jawapannya TIDAK, kerana selepas
beberapa minggu, rasa sakit tu datang semula,
Waktu tu, Mak kata nak pergi ke
Durian Tunggal, Melaka, berubat cara tradisional dengan Hj Jamil yang memang
boleh dikatakan terkenal dalam membantu mengeluarkan Batu Karang dengan
menggunakan caranya yang tersendiri, pada saya, ia adalah anugerah Allah
untuknya,
Kali pertama – 1 biji dikeluarkan
Kali kedua – 3-4 biji dikeluarkan
Kali ketiga – 2-3 biji besar
keluar
Sambil berubat, Hj Jamil siap
kata : “Masalah Batu Karang ni takkan selesai punya Kak, memang Buah
Pinggang tu lah puncanya…”
Untuk pengetahuan Anda, itulah
dapatan saya tentang rawatan akupuntur daripada seorang Bekas Dr.Perubatan
berbangsa Cina, yang saya telah bersama dengannya lebih 1 tahun & beliau berpengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang tersebut,
Itu jugalah yang saya telah
maklumkan kepada Mertua saya, tapi, bila terlalu sakit, saya sendiri juga akan
cadangkan untuk ikhtiarkan mana-mana kaedah rawatan samaada konvensional @
tradisional bagi mengurangkan rasa sakit tersebut,
Dan mengikut pemahaman saya,
sakit tersebut timbul adalah kerana kewujudan Batu Karang tersebut, jadi, untuk rawatan
segera perlu diusahakan untuk buang @ pecahkan terlebih dahulu Batu Karang
tersebut,
Namun, dalam masa yang sama, bila
sakit tersebut telah berkurangan, perlu ada usaha yang berterusan / istiqamah
untuk merawat punca sebenar kewujudan Batu Karang tersebut & punca kepada timbulnya Batu Karang adalah kerana fungsi organ Buah Pinggang (Ginjal) yang lemah, menyebabkan ia tiada tenaga menjalankan fungsi menyaring toksid untuk dikumuh bagi mengeluarkannya melalui air kencing, maka terkumpullah ia seperti 'kristal',
Selain itu, fungsi organ Hati yang lemah juga menjadi faktor utama kewujudan masalah Batu Karang,
Selain itu, fungsi organ Hati yang lemah juga menjadi faktor utama kewujudan masalah Batu Karang,
Jika melalui rawatan akupuntur,
kombinasi titik akupoin yang terlibat bagi merawat & mengatasi isu Batu
Karang ini adalah :
1. Radang pundi hempedu
2. Pundi hempedu
3. Akupoin hati
4. Akupoin ginjal
5. Shaozo
6. Shang Yang
Rawatan akupuntur untuk isu Batu
Karang melalui Terapi Akupuntur Elektronik ini akan mengambil masa sekitar 55
minit,
Untuk Mak Mertua, saya sendiri
yang akan melakukan rawatan akupuntur untuknya, namun, disebabkan tinggal
berjauhan, tak dapat pula dilakukan secara konsisten & bila dah pergi buang
Batu Karang di Melaka, sakit pun dah kurang, mula timbul rasa dah sihat, jadi,
terabai juga usaha untuk pulih sepenuhnya melalui rawatan akupuntur,
Mahu diserahkan untuk buat
sendiri, masih belum mahir,
Oleh sebab itu, selepas 1 tahun
lebih saya mendapat Ilmu tentang rawatan akupuntur daripada Dr.Cina tersebut,
saya cuba kongsikan kepada orang ramai, namun, masih ramai juga yang
megharapkan bantuan saya sendiri untuk buatkan rawatan akupuntur melalui Terapi
Akupuntur Elektronik ini kepada mereka, sebelum ini saya menolak dek kerana
kekangan masa,
Setelah berfikir semula, adalah
baik juga saya membantu sekurang-kurangnya untuk rawatan sekitar 5-10 kali, In
Shaa Allah, seterusnya Anda boleh gunakan sendiri, tanpa perlu buang tenaga
& masa untuk ke Pusat Rawatan Akupuntur secara berulang, bahkan jimat juga
wang untuk bayar kos rawatan akupuntur yang pastinya perlu diulang-ulang untuk
kesan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment