Thursday, November 29, 2018

Masalah Kencing Manis & Rawatan Akupuntur...

Adakah disebabkan oleh Gula?

Bagi pengamal @ perawat komplimentari, menyebut tentang kaitan Gula dengan isu Kencing Manis @ Diabetis seolah-olah berbincang tentang antara Telur dengan Ayam, yang mana keluar dulu?


Ini kerana jika dilihat dari segi Perubatan Sains, punca kewujudan kepada Penyakit Manis adalah disebabkan oleh fungsi Pankreas yang menjadi lemah,

Organ seperti Pankreas menjalankan fungsi Eksokrin & Endokrin. Eksokrin adalah kelenjar yang mengeluarkan cairan berupa enzim, manakala Endokrin berperanan dalam menghasilkan hormon Insulin & ia penting dalam menjalankan tugas mengubah Glukosa (Gula) menjadi sumber tenaga,

Selalu saya jumpa Pesakit Kencing Manis & Diabetis yang Anti-Ubat Hospital sehinggakan bila mereka disahkan menghidap sakit Kencing Manis, mereka masih tidak mahu mengambil ubatan Hospital / Klinik,

Kaedah perubatan konvensional ialah sebuah kaedah ‘Survive’, bukan untuk merawat isu, contoh sekiranya seseorang disahkan menghidap penyakit Kencing Manis, di mana berlaku keadaan bacaan gula seseorang menjadi tinggi, pada waktu itu, Doktor bertanggungjawab untuk membantu Pesakit dengan memberikan Pesakit ubat-ubatan bagi mengstabilkan bacaan gula @ mencadangkan pengambilan Insulin dalam keadaan tertentu,

Adakah salah untuk seorang Doktor bertindak demikian?

Jawapan : TIDAK, bahkan tindakan Doktor tersebut adalah tepat bagi mengelakkan keadaan tersebut berlarutan menjadi lebih teruk, iaitu keadaan bacaan gula yang tinggi & kadar Insulin berkurangan di dalam Sistem Tubuh Badan seseorang,

Cuma, sebagai Pesakit, Anda perlu tahu, ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak Hospital tidak mampu merawat Penyakit Kencing Manis yang sedang Anda alami, kerana, ubat-ubatan tersebut hanya membantu mengstabilkan bacaan gula di dalam darah & menambah Insulin yang diperlukan oleh Sistem Tubuh Badan seseorang,

Dengan kata lain, ubat-ubatan tersebut tidak membantu merawat @ memulihkan Penyakit Kencing Manis @ Diabetis yang sedang Anda alami, namun, ia tetap perlu & tidak boleh ditinggalkan dalam keadaan tertentu,

Untuk itu, di samping Anda menggunakan ubat-ubatan Farmasi / Klinik / Hospital, Anda perlu maklum bahawa Penyakit Kencing Manis mampu diubati & pulih sekiranya organ PANKREAS Anda mampu berfungsi dengan baik bagi menjalankan fungsi hakikinya,

Justeru, kaedah rawatan akupuntur merupakan rawatan yang bersifat komplimentari bagi membantu merawat isu Kencing Manis / Diabetis, 

Melalui Rawatan Akupuntur di Busyra Wellness, kombinasi titik akupoin yang terlibat bagi merawat isu Kencing Manis / Diabetis ini adalah :



1. Gula darah
2. Lemah darah
3. Ketakcernaan Pankreas
4. Akupoin hati
5. Hati
6. Pundi hempedu
7. Radang pundi hempedu
8. Limpa
9. Akupoin ginjal
10. Ginjal
11. Kekurangan dalam Ginjal
12. Perut
13. Radang kolon
14. Diabetis

Adakah ia betul-betul berkesan dalam membantu usaha Anda merawat Penyakit Kencing Manis?

YA!

Seorang berbangsa Cina yang dulunya menghidap Kencing Manis telah pun pulih & hari ni, beliau tidak lagi bimbang dengan pengambilan Gula, kerana, secara semulajadinya, bilamana organ Pankreas menjalankan fungsinya dengan baik, Glukosa (Gula) sentiasa mampu diubah menjadi sumber energi yang diperlukan oleh sistem tubuh badan seseorang,

Jadi, untuk pernyataan saya yang di atas tu, adakah Gula menjadi punca kepada timbulnya Penyakit Kencing Manis?

Jawapannya, bukan sekadar Gula, bahkan makanan & minuman yang berasaskan bahan kimia merupakan penyumbang kerosakan kepada Organ dalaman seseorang,

Justeru, untuk melihat isu Kencing Manis @ Diabetis Anda pulih & dapat diselesaikan, sayangi & rawat organ PANKREAS Anda serta kurangkan Gula @ segala jenis minuman & makanan berasaskan Bahan Kimia, In Shaa Allah, Diabetis FREE! - 

Apakah kelebihan rawatan akupuntur Busyra Wellness? Klik --->>> SINI

No comments:

Post a Comment