Juga dikenali sebagai Terapi
Elektro Tenaga Bio, ia meliputi terapi elektrik & magnetic yang kesannya
adalah jelas sekali & Ia dapat mengurangkan kesan sampingan akibat
pengambilan ubat-ubatan & inokulasi & kini, terapi ini semakin dikenali
di dalam bidang kesihatan keluarga,
Apakah Kandungan Terapi Akupuntur
Elektronik?
Pada tahun 1780, Carboni, seorang
Saintis Barat menemui peraturan-peraturan tentang arus elektrik di dalam saraf
& otot apabila beliau menjalankan eksperimen ke atas Katak,
Pada tahun 1783, sorang Saintis
Jepun, Hshimoto Soukichi telah menjalankan eksperimen ke atas badan Manusia
dengan menggunakan elektrik,
Pada tahun 1825, Penyelidik
Perancis, Salander mula menggunakan Akupuntur Galpanik untuk merawat Penyakit
Sistem Saraf,
Pada tahun 1859, Sakuma Shozan,
Saintis Jepun, telah mencipta peralatan arus elektrik untuk merawat Penyakit,
Pada tahun 1950, seorang Doktor
Jepun, Nakatani Yoshio, menggunakan alat perintang arus terus untuk mengukur kadar
arus elektrik bawah kulit seorang pesakit ginjal. Beliau menemui point-point
Akupuntur yang berturutan pada bawah kulit kaki. Kadar arus elektrik pada
bahagian tersebut didapati lebih tinggi berbanding dengan bahagian-bahagian
lain badan.
Apakah Terapi Akupuntur
Elektronik @ Elektro Tenaga Bio?
Pengertian Terapi Akupuntur
Elektronik yang tepat ialah untuk meningkatkan tenaga kemagnetan,
Bumi ialah sebuah magnet yang
besar pada bahagian sisi dalaman & persekitaran bumi terdapat garisan kuasa
magnetic yang melintasinya. Bahagian yang dilintasi garisan kuasa magnetik
iaitu tempat kediaman kita, sebenarnya dipenuhi dengan kuasa kemagnetan sejak
mula lagi. Ini menyebabkan sebarang perubahan kemagnetan bumi turut
mempengaruhi penghuninya,
Sejak 1 abad yang lampau, kuasa
kemagnetan bumi telah berkurang pada kadar 5%.
Pertambahan bangunan konkrit
bertelulang telah mengurangkan kuasa kemagnetan persekitaran. Para cendekiawan
Jepun yang menggunakan alat pengukur kadar kemagnetan mendapati Manusia moden
mengalami pengurangan tenaga magnetic di dalam badan mereka,
Kekurangan kadar kemagnetan boleh
menyebabkan Penyakit pada Sistem Saraf Autonomik. Kini, penyembuhan Penyakit
menggunakan kaedah magnetic semakin dikenali & setakat ini, penyelidikan di
dalam bidang tersebut telah diuasahakan selama lebih 40 tahun di Jepun &
lebih 1 juta orang telah mendapat manfaatnya,
Kaedah penyembuhan tanpa
meninggalkan sebarang kesan sampingan ini, dilihat sangat berkesan, khususnya
untuk merawat kekejangan pada bahu @ sakit belakang,
Terapi Akupuntur Elektronik ini
telah menggabungkan prinsip-prinsip Terapeutik Elektrik & Magnetik yang
kesannya adalah nyata sekali.