Friday, November 30, 2018

Rawatan Kesihatan Terapi Akupuntur Elektronik


Juga dikenali sebagai Terapi Elektro Tenaga Bio, ia meliputi terapi elektrik & magnetic yang kesannya adalah jelas sekali & Ia dapat mengurangkan kesan sampingan akibat pengambilan ubat-ubatan & inokulasi & kini, terapi ini semakin dikenali di dalam bidang kesihatan keluarga,
Apakah Kandungan Terapi Akupuntur Elektronik?

Pada tahun 1780, Carboni, seorang Saintis Barat menemui peraturan-peraturan tentang arus elektrik di dalam saraf & otot apabila beliau menjalankan eksperimen ke atas Katak,

Pada tahun 1783, sorang Saintis Jepun, Hshimoto Soukichi telah menjalankan eksperimen ke atas badan Manusia dengan menggunakan elektrik,

Pada tahun 1825, Penyelidik Perancis, Salander mula menggunakan Akupuntur Galpanik untuk merawat Penyakit Sistem Saraf,

Pada tahun 1859, Sakuma Shozan, Saintis Jepun, telah mencipta peralatan arus elektrik untuk merawat Penyakit,

Pada tahun 1950, seorang Doktor Jepun, Nakatani Yoshio, menggunakan alat perintang arus terus untuk mengukur kadar arus elektrik bawah kulit seorang pesakit ginjal. Beliau menemui point-point Akupuntur yang berturutan pada bawah kulit kaki. Kadar arus elektrik pada bahagian tersebut didapati lebih tinggi berbanding dengan bahagian-bahagian lain badan.

Apakah Terapi Akupuntur Elektronik @ Elektro Tenaga Bio?

Pengertian Terapi Akupuntur Elektronik yang tepat ialah untuk meningkatkan tenaga kemagnetan,

Bumi ialah sebuah magnet yang besar pada bahagian sisi dalaman & persekitaran bumi terdapat garisan kuasa magnetic yang melintasinya. Bahagian yang dilintasi garisan kuasa magnetik iaitu tempat kediaman kita, sebenarnya dipenuhi dengan kuasa kemagnetan sejak mula lagi. Ini menyebabkan sebarang perubahan kemagnetan bumi turut mempengaruhi penghuninya,

Sejak 1 abad yang lampau, kuasa kemagnetan bumi telah berkurang pada kadar 5%.

Pertambahan bangunan konkrit bertelulang telah mengurangkan kuasa kemagnetan persekitaran. Para cendekiawan Jepun yang menggunakan alat pengukur kadar kemagnetan mendapati Manusia moden mengalami pengurangan tenaga magnetic di dalam badan mereka,

Kekurangan kadar kemagnetan boleh menyebabkan Penyakit pada Sistem Saraf Autonomik. Kini, penyembuhan Penyakit menggunakan kaedah magnetic semakin dikenali & setakat ini, penyelidikan di dalam bidang tersebut telah diuasahakan selama lebih 40 tahun di Jepun & lebih 1 juta orang telah mendapat manfaatnya,

Kaedah penyembuhan tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan ini, dilihat sangat berkesan, khususnya untuk merawat kekejangan pada bahu @ sakit belakang,

Terapi Akupuntur Elektronik ini telah menggabungkan prinsip-prinsip Terapeutik Elektrik & Magnetik yang kesannya adalah nyata sekali.

Rawatan Akupuntur Untuk Merawat Penyakit Gout

Isu Penyakit Gout dikatakan isu Penyakit yang popular kini, apakah puncanya?

Adakah kerana makan seafood yang macam biasa kita dengar tu?


Cabaran kepada kami bila mengadakan sesi taklimat penerangan tentang ‘Bagaimana  Merawat Penyakit Kronik Secara Semulajadi’ adalah bilamana majoriti para peserta yang hadir, mereka tak pernah tahu, bahawa, Sistem Badan & Organ Manusia mampu merawat & mencegah Penyakit secara semulajadi,

Ini berlaku kerana ia telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita, bila sakit terus cari Ubat & telan Ubat,

Dalam entri yang sebelum ini, saya pernah kongsikan, tiada salahnya untuk kita makan apa-apa jenis Ubatan, cuma, isu yang timbul adalah bila kita ISTIQAMAH makan Ubat,

Saya percaya, ramai Pesakit GOUT mempunyai banyak maklumat tentang Gout & antara maklumat yang kita sering didedahkan adalah, PUNCA kepada isu Gout adalah bilamana kandungan ‘Uric Acid’ di dalam darah seseorang tinggi @ meningkat,

Bagaimana kandungan ‘Uric Acid’ boleh meningkat?

Ia mungkin disebabkan oleh faktor pemakanan & faktor lain yang ramai orang tak sedar adalah faktor persekitaran & emosi (Akan dikongsikan pada entri lain, In Shaa Allah)

Cara paling mudah untuk seseorang mengelak untuk menghidap Gout adalah dengan sentiasa membuat check up tentang bacaan ‘Uric Acid’nya (Hari ni dah mudah, boleh beli pembaca elektronik & buat sendiri di rumah)

Melalui kaedah rawatan akupuntur, sebenarnya, ia mampu mengesan, merawat & memulihkan seseorang daripada penyakit Gout, dengan syarat, seseorang perlu ISTIQAMAH mengamalkannya, In Shaa Allah,

Sekiranya Anda telah mengalami Sakit Gout sejak 10 tahun yang lalu & Anda menjangkakan sakit Gout Anda akan pulih dengan hanya makan 1 botol produk Herba sahaja, maaf cakap, sebenarnya Anda sedang ‘membodohkan’ diri Anda sendiri,

Tak boleh nak salahkan sesiapa, kerana, pada saya, seorang Penjual Produk yang mahir, mereka hanya menawarkan apa yang sedang berada di dalam minda seseorang yang akan menjadi Pembeli produk mereka,

Apa yang ada dalam MINDA seorang Pesakit?

Kebiasaannya, dalam minda mereka tersimpan perkataan – “Aku Nak Pulih Segera”

Kerana itu, seorang Penjual yang mahir akan menawarkan produk Gout dengan mempromosi – “Gout Hilang Segera Selepas Makan 1 Sachet Produk Ini”

Apa yang terjadi selepas itu? – Hanya Anda yang tahu

Di Busyra Wellness, rawatan akupuntur melalui Terapi Akupuntur Elektronik akan dijalankan dengan menuju kepada kombinasi titik akupoin yang berkaitan yang menjadi punca sebenar kewujudan isu Gout,


Untuk merawat & mengatasi isu Gout, rawatan akupuntur akan fokus kepada kombinasi titik akupoin seperti :

1. Kolestrol
2. Gula darah
3. Nokturia
4. Ginjal
5. Endokrin
6. Limfa
7. Shoaza
8. Guanchong

Sebagaimana Anda maklum, Ginjal (Buah Pinggang) merupakan Organ yang membersihkan segala kotoran bersifat asid di dalam badan seseorang yang seterusnya dikeluarkan melalui air kencing,

Buah Pinggang (Ginjal) yang lemah, akan membantutkan proses pembersihan segala kotoran bersifat asid di dalam darah seseorang, lalu terjadilah isu seperti Penyakit Gout,

Di dalam entri ini juga saya ada kongsikan fungsi organ Buah Pinggang yang lemah juga akan menimbulkan masalah Batu Karang, cuma, bezanya untuk pesakit Batu Karang, selain Buah Pinggang (Ginjal), fungsi organ Hati juga perlu dirawat,

Justeru, adalah penting untuk seseorang yang mahu keluar & pulih daripada isu sakit Goutnya, untuk memberi perhatian yang lebih kepada fungsi organ Buah Pinggangnya, kerana, sekiranya Sistem Buah Pinggang (Ginjal) mempunyai tenaga & berfungsi dengan baik, maka, kandungan Uric Acid di dalam tubuh badan seseorang akan sentiasa dapat dibersihkan melalui Buah Pinggang yang seterusnya isu penyakit seperti Gout dapat dirawat, diatasi, bahkan dielakkan, In Shaa Allah

Thursday, November 29, 2018

Merawat Penyakit Batu Karang Melalui Rawatan Akupuntur


Apakah punca kepada Batu Karang?

Bercerita tentang Penyakit Batu Karang, ia sangat dekat dengan saya, kerana Mak Mertua saya sendiri mengalaminya,

Bermula dengan sakit demi sakit di bahagian belakang pinggang, ia membawa ke sebelah hadapan pula,

Dah amalkan Herba seperti Daun Pecah Beling yang dikatakan sangat baik untuk merawat Batu Karang, selain itu, setiap hari amalkan meminum air barli atas nasihat Doktor, namun, sakit yang datang tak kurang, malah semakin sakit,

Akhirnya, rujuk ke Hospital & ditahan Wad, Doktor sahkan terdapat sumbatan (blocking) di dalam salur pundi kencing kerana berlaku situasi bengkak,

Untuk tindakan segera bagi mengurangkan rasa sakit, Doktor mencadangkan untuk membuka laluan yang tersumbat dengan memasukkan ‘sesuatu’ (Tak ingat apa namanya) di bahagian salur Pundi Kencing tersebut,

Selepas dimasukkan objek tersebut, rasa sakit telah berkurangan,

Adakah masalah Batu Karang telah selesai?

Jawapannya TIDAK, kerana selepas beberapa minggu, rasa sakit tu datang semula,

Waktu tu, Mak kata nak pergi ke Durian Tunggal, Melaka, berubat cara tradisional dengan Hj Jamil yang memang boleh dikatakan terkenal dalam membantu mengeluarkan Batu Karang dengan menggunakan caranya yang tersendiri, pada saya, ia adalah anugerah Allah untuknya,


Kali pertama – 1 biji dikeluarkan
Kali kedua – 3-4 biji dikeluarkan
Kali ketiga – 2-3 biji besar keluar

Sambil berubat, Hj Jamil siap kata : “Masalah Batu Karang ni takkan selesai punya Kak, memang Buah Pinggang tu lah puncanya…”

Untuk pengetahuan Anda, itulah dapatan saya tentang rawatan akupuntur daripada seorang Bekas Dr.Perubatan berbangsa Cina, yang saya telah bersama dengannya lebih 1 tahun & beliau berpengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang tersebut,

Itu jugalah yang saya telah maklumkan kepada Mertua saya, tapi, bila terlalu sakit, saya sendiri juga akan cadangkan untuk ikhtiarkan mana-mana kaedah rawatan samaada konvensional @ tradisional bagi mengurangkan rasa sakit tersebut,

Dan mengikut pemahaman saya, sakit tersebut timbul adalah kerana kewujudan Batu Karang tersebut, jadi, untuk rawatan segera perlu diusahakan untuk buang @ pecahkan terlebih dahulu Batu Karang tersebut,

Namun, dalam masa yang sama, bila sakit tersebut telah berkurangan, perlu ada usaha yang berterusan / istiqamah untuk merawat punca sebenar kewujudan Batu Karang tersebut & punca kepada timbulnya Batu Karang adalah kerana fungsi organ Buah Pinggang (Ginjal) yang lemah, menyebabkan ia tiada tenaga menjalankan fungsi menyaring toksid untuk dikumuh bagi mengeluarkannya melalui air kencing, maka terkumpullah ia seperti 'kristal',

Selain itu, fungsi organ Hati yang lemah juga menjadi faktor utama kewujudan masalah Batu Karang,


Jika melalui rawatan akupuntur, kombinasi titik akupoin yang terlibat bagi merawat & mengatasi isu Batu Karang ini adalah :

1. Radang pundi hempedu
2. Pundi hempedu
3. Akupoin hati
4. Akupoin ginjal
5. Shaozo
6. Shang Yang

Rawatan akupuntur untuk isu Batu Karang melalui Terapi Akupuntur Elektronik ini akan mengambil masa sekitar 55 minit,

Untuk Mak Mertua, saya sendiri yang akan melakukan rawatan akupuntur untuknya, namun, disebabkan tinggal berjauhan, tak dapat pula dilakukan secara konsisten & bila dah pergi buang Batu Karang di Melaka, sakit pun dah kurang, mula timbul rasa dah sihat, jadi, terabai juga usaha untuk pulih sepenuhnya melalui rawatan akupuntur,

Mahu diserahkan untuk buat sendiri, masih belum mahir,

Oleh sebab itu, selepas 1 tahun lebih saya mendapat Ilmu tentang rawatan akupuntur daripada Dr.Cina tersebut, saya cuba kongsikan kepada orang ramai, namun, masih ramai juga yang megharapkan bantuan saya sendiri untuk buatkan rawatan akupuntur melalui Terapi Akupuntur Elektronik ini kepada mereka, sebelum ini saya menolak dek kerana kekangan masa,

Setelah berfikir semula, adalah baik juga saya membantu sekurang-kurangnya untuk rawatan sekitar 5-10 kali, In Shaa Allah, seterusnya Anda boleh gunakan sendiri, tanpa perlu buang tenaga & masa untuk ke Pusat Rawatan Akupuntur secara berulang, bahkan jimat juga wang untuk bayar kos rawatan akupuntur yang pastinya perlu diulang-ulang untuk kesan yang lebih baik.

Masalah Kencing Manis & Rawatan Akupuntur...

Adakah disebabkan oleh Gula?

Bagi pengamal @ perawat komplimentari, menyebut tentang kaitan Gula dengan isu Kencing Manis @ Diabetis seolah-olah berbincang tentang antara Telur dengan Ayam, yang mana keluar dulu?


Ini kerana jika dilihat dari segi Perubatan Sains, punca kewujudan kepada Penyakit Manis adalah disebabkan oleh fungsi Pankreas yang menjadi lemah,

Organ seperti Pankreas menjalankan fungsi Eksokrin & Endokrin. Eksokrin adalah kelenjar yang mengeluarkan cairan berupa enzim, manakala Endokrin berperanan dalam menghasilkan hormon Insulin & ia penting dalam menjalankan tugas mengubah Glukosa (Gula) menjadi sumber tenaga,

Selalu saya jumpa Pesakit Kencing Manis & Diabetis yang Anti-Ubat Hospital sehinggakan bila mereka disahkan menghidap sakit Kencing Manis, mereka masih tidak mahu mengambil ubatan Hospital / Klinik,

Kaedah perubatan konvensional ialah sebuah kaedah ‘Survive’, bukan untuk merawat isu, contoh sekiranya seseorang disahkan menghidap penyakit Kencing Manis, di mana berlaku keadaan bacaan gula seseorang menjadi tinggi, pada waktu itu, Doktor bertanggungjawab untuk membantu Pesakit dengan memberikan Pesakit ubat-ubatan bagi mengstabilkan bacaan gula @ mencadangkan pengambilan Insulin dalam keadaan tertentu,

Adakah salah untuk seorang Doktor bertindak demikian?

Jawapan : TIDAK, bahkan tindakan Doktor tersebut adalah tepat bagi mengelakkan keadaan tersebut berlarutan menjadi lebih teruk, iaitu keadaan bacaan gula yang tinggi & kadar Insulin berkurangan di dalam Sistem Tubuh Badan seseorang,

Cuma, sebagai Pesakit, Anda perlu tahu, ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak Hospital tidak mampu merawat Penyakit Kencing Manis yang sedang Anda alami, kerana, ubat-ubatan tersebut hanya membantu mengstabilkan bacaan gula di dalam darah & menambah Insulin yang diperlukan oleh Sistem Tubuh Badan seseorang,

Dengan kata lain, ubat-ubatan tersebut tidak membantu merawat @ memulihkan Penyakit Kencing Manis @ Diabetis yang sedang Anda alami, namun, ia tetap perlu & tidak boleh ditinggalkan dalam keadaan tertentu,

Untuk itu, di samping Anda menggunakan ubat-ubatan Farmasi / Klinik / Hospital, Anda perlu maklum bahawa Penyakit Kencing Manis mampu diubati & pulih sekiranya organ PANKREAS Anda mampu berfungsi dengan baik bagi menjalankan fungsi hakikinya,

Justeru, kaedah rawatan akupuntur merupakan rawatan yang bersifat komplimentari bagi membantu merawat isu Kencing Manis / Diabetis, 

Melalui Rawatan Akupuntur di Busyra Wellness, kombinasi titik akupoin yang terlibat bagi merawat isu Kencing Manis / Diabetis ini adalah :



1. Gula darah
2. Lemah darah
3. Ketakcernaan Pankreas
4. Akupoin hati
5. Hati
6. Pundi hempedu
7. Radang pundi hempedu
8. Limpa
9. Akupoin ginjal
10. Ginjal
11. Kekurangan dalam Ginjal
12. Perut
13. Radang kolon
14. Diabetis

Adakah ia betul-betul berkesan dalam membantu usaha Anda merawat Penyakit Kencing Manis?

YA!

Seorang berbangsa Cina yang dulunya menghidap Kencing Manis telah pun pulih & hari ni, beliau tidak lagi bimbang dengan pengambilan Gula, kerana, secara semulajadinya, bilamana organ Pankreas menjalankan fungsinya dengan baik, Glukosa (Gula) sentiasa mampu diubah menjadi sumber energi yang diperlukan oleh sistem tubuh badan seseorang,

Jadi, untuk pernyataan saya yang di atas tu, adakah Gula menjadi punca kepada timbulnya Penyakit Kencing Manis?

Jawapannya, bukan sekadar Gula, bahkan makanan & minuman yang berasaskan bahan kimia merupakan penyumbang kerosakan kepada Organ dalaman seseorang,

Justeru, untuk melihat isu Kencing Manis @ Diabetis Anda pulih & dapat diselesaikan, sayangi & rawat organ PANKREAS Anda serta kurangkan Gula @ segala jenis minuman & makanan berasaskan Bahan Kimia, In Shaa Allah, Diabetis FREE! - 

Apakah kelebihan rawatan akupuntur Busyra Wellness? Klik --->>> SINI

Rawatan Akupuntur Untuk Masalah Jantung...

Jangan diabaikan bila Anda mengalami situasi @ tanda-tanda seperti rasa sakit yang menegang di bahagian dada, apatah lagi bila terjadinya kesesakan nafas @ bilamana bacaan kolestrol Anda sentiasa tinggi,



Ini kerana, ia memberikan signal bahawa JANTUNG Anda sedang mengalami masalah @ berada di dalam keadaan MENURUN,

Pastinya ada pelbagai kaedah bagaimana untuk mengatasi masalah Jantung, samaada terus ke Klinik / Farmasi / Hospital & ambil ubat @ sesetengah daripada Anda hanya mengamalkan Herba-herba tradisional,

Kedua-dua kaedah tersebut tiada salahnya, bahkan pastinya ia diperlukan ketika mana seseorang mengalami tanda-tanda seperti yang saya sebutkan di atas tu,

Melalui kaedah rawatan akupuntur, perawat akan mencucuk jarum di poin-poin tertentu bagi merawat & mengatasi isu masalah Jantung yang semakin menurun,

Cuma, kadang Anda tak tahu apakah titik akupoin yang terlibat @ yang perlu dituju sekiranya Anda mengalami isu Jantung yang pelbagai, samaada lemah jantung, serangan jantung & sebagainya,

Rawatan akupuntur telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak ribuan tahun yang lalu & ianya terbukti mampu memulihkan pelbagai isu penyakit, In Shaa Allah

Terdapat beberapa titik akupoin yang terlibat bagi merawat & memulihkan kembali situasi Jantung yang menurun supaya Jantung kita sentiasa sihat & berada di dalam keadaan kekal bertenaga,

Melalui Terapi Akupuntur Elektronik, kita akan tuju kepada titik akupoin seperti di bawah ini :



1.  Kardium
2. Akupoin Jantung
3. Usus kecil
4. Ventrikal kanan & kiri
5. Antrium kanan & kiri
6. Sakit dada @  Angina Pektoris
7. Shaochong

Kesemua titik akupoin di atas adalah kombinasi titik akupoin bagi merawat & mengatasi isu masalah Jantung yang pelbagai & Terapi Akupuntur Elektronik perlu digunakan ke atas kesemua titik akupoin itu tanpa meninggalkan mana-mana titik akupoin, ini bagi mengelakkan berlaku sumbatan di mana-mana titik akupoin sekiranya Anda hanya menuju kepada titik akupoin Jantung sahaja,

Kesan yang akan dirasai oleh Pengguna, kebiasaannya adalah cepat & dalam keadaan segera, contohnya, sekiranya Anda sedang berada dalam kesesakan nafas, bila saya tujukan Terapi Akupuntur Elektronik ini ke setiap titik akupoin di atas yang berada di telapak & belakang tangan kiri Anda, isu sesak nafas Anda akan segera reda, In Shaa Allah, ini kerana isu tersebut timbul kerana laluan salur darah yang membawa oksigen kepada Jantung seseorang mengalami gangguan seperti tersumbat.

Monday, November 26, 2018

Alat Akupuntur Modern...

Hari ni, dunia berkembang dengan sangat pesat...

Oleh itu, kaedah Rawatan Akupuntur dengan menggunakan Alat Akupuntur Modern tidak terkecuali daripada menerima tempias Teknologi Dunia yang semakin pesat berkembang,

Jika dahulu, bahkan sekarang pun masih ramai yang menggunakan kaedah rawatan akupuntur secara tradisional iaitu dengan menggunakan jarum,

Sekarang dah ada Terapi Akupuntur Elektronik, Alhamdulillah,

Hari ni, kesihatan yang baik hanya berada di hujung jari, In shaa Allah...

Lebih setahun saya menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ni, saya dah jumpa ramai orang yang tahap kesihatan mereka yang awalnya menurun, namun, selepas konsisten guna, Alhamdulillah, kesihatan mereka menaik & bertambah baik, In Shaa Allah,


Mudah & jimat masa, wang serta tenaga,

Cuma, walau canggih macam mana sekalipun, tetap ada Pesakit yang 'Takut-takut' untuk menggunakannya,

Selain takut, tak kurang juga yang dah beli, tapi, simpan bawah katil & masih istiqamah mengamalkan ubatan hospital, salah ke makan?

Tak salah nak makan, cuma, jangan amalkan, saya juga kadang makan juga ubat hospital, cuma, 'last choice' la kan, kerana takda siapa boleh nafikan bahawa dengan mengamalkan ubatan kimia, ia tak memberi apa-apa kesan sampingan dalam tempoh jangka masa yang panjang,

Oleh sebab itu, saya buat keputusan untuk menjalankan rawatan akupuntur dengan menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ini secara intensif, In Shaa Allah selepas hanya 5-10 kali menggunakan kaedah ini, Anda boleh rasa sendiri perubahan yang baik terhadap tahap kesihatan Anda, In Shaa Allah,

Jadi, sekiranya ada di kalangan Anda yang berhajat untuk mencuba rawatan akupuntur namun takut dengan jarum, Anda boleh cuba Terapi Akupuntur Elektronik ni, Anak saya yang umur 5 tahun tu pun saya buatkan untuknya,

Rawatan akupuntur dengan Busyra Wellness ni mudah sahaja, cuma, kena buat temujanji, In Shaa Allah selepas 5-10 kali Anda dah boleh gunakan sendiri tanpa bantuan sesiapa lagi,

Saya juga telah pergi ke HQ Tiens iaitu pengeluar kepada Alat Akupuntur Modern ini, namun, di sana tiada sesiapa yang menggunakan Terapi Akupuntur Elektronik ini secara konsisten, dengan erti kata lain, mereka hanya jual namun tiada 'Product Trainer' yang boleh membantu Pesakit menggunakan Alat ini secara berkesan,

Saya sendiri belajar dengan seorang Dr.Perubatan berbangsa Cina, bukan daripada HQ Tiens,

Dan pada saya, selepas lebih 1 tahun menggunakannya, ia seolah menjadi "Dr.Peribadi" yang perlu di bawa ke mana-mana, manakan tidak, jika tiba-tiba terasa sakit di bahu @ pinggang, tuju sahaja kepada Akupoin tertentu & terus lega tanpa sakit lagi, In Shaa Allah,

Puncanya darah sumbat sahaja, bukan apa pun, tapi, bila kita tak tahu punca, itu yang selama ni bila sakit pinggang contohnya, kita pun pergi Farmasi / Klinik untuk dapatkan Ubat Sakit Pinggang, isunya bila makan Ubat, ia hanya menjadikan tempat sakit itu kebas @ 'Lali', namun, isu darah tersumbat itu masih ada & tak berkurang, jika dibiarkan tahun demi tahun bagaimana?

Itulah sebenarnya, terjadi keadaan, di mana kita 'Menjemput' Penyakit lain tanpa sedar (Nauzubillah),

Kaedah rawatan akupuntur telah digunakan oleh masyarakat Cina sejak ribuan tahun yang lalu & hari ni, tanpa perlu ke Pusat Rawatan Akupuntur dengan mengeluarkan kos ulang rawatan, jimat masa & tenaga tanpa perlu berulang ke pusat rawatan, Anda boleh rawat diri Anda sendiri di mana-mana, In Shaa Allah.